Sunday, 9 August 2015

Catatan Perjalanan Ke Montruex dan Zermatt, Switzerland.


Castle atau Chateau De Chillon.

Setelah berjalan lebih kurang 40 minit, ternampak dari jauh chateau atau istana yang bakal kami lawati. Teringat macam ala-ala filem Inggeris klasik gitu. Masa tu macam-macam la idea timbul dalam kepala saya.

Sepanjang jalan menuju ke istana itu saya perhatikan banyak juga lah penduduk tempatan yang bawak anjing jalan-jalan pagi-pagi buta. Kebanyakan diaorang tu bawak beg plastik. Dekat tong sampah pun di tepi-tepi jalan tu pun ada beg plastik. Heran juga. Beg plastik benda pulak tu? Rupanya  bila anjing diaorang 'melepas' dia orang akan isi dalam beg plastik tu dan buang dalam tong sampah. Jadi tak adalah anjing tu melepas di merata-rata tempat sesuka hati. Betapa diaorang menjaga kebersihan kawasan sekeliling sebab kawasan itu ramai pelancong.

Saya dan Jamaryah di hadapan Chateau De Chillon. Nampak macam istana hantu jee...




Seronok juga menjelajahi seluruh istana ini. Setiap bilik dan ruang kami masuk. Ramai pelancong daripada pelbagai negara. Istana ini ada sejarahnya yang tersendiri. Pernah dijadikan penjara dan ada banduan yang cekal melarikan diri dengan berenang di dalam tasik yang sangat luas.

Kami turut memanjat tangga naik ke menara istana. Tangga untuk naik ke menara tu kecil dan curam sangat. Terfikir juga  macamanalah para dayang-dayang itu memanjat tangga untuk naik ke atas. Kat atas menara pernah dijadikan sebagai tempat untuk meninjau kalau-kalau ada banduan yang lepas lari. Di situ diletakkan pita rakaman untuk dengar sejarah Chateau De Chillon ni. Hebat juga lah masa zaman-zaman pemerintahan raja-raja diaorang. Tak ubah macam citer dalam filem King Arthur la gitu.

Lepas melawat Chateau De Chillon ni, naik bas terus ke bandar Montruex semula. Sempat la shopping lebih kurang. Tak ada benda menarik sangat nak beli, sebab mahal bila ditukar duit Malaysia. Nak beli mafela pun  yang offer paling sengkek 10.00 swissfranc lebih kurang 35.00 ringgit. Lebih baik tak payahlah.

Balik hotel rehat-rehat dah letih. Jamaryah dan Zarina pergi ke Ouchy (sebuah perkampungan nelayan) tetapi kawasan tu dah tutup. Musim sejuk yang belum berakhir, kebanyakan tempat cepat je tutup meniaga.

HARI KE EMPAT

Pagi-pagi dah siap untuk ke Ouchy sekali lagi. Stesen Metro dekat je dengan hotel. Jalan kaki sepuluh minit dah tiba Stesen Train Metro.
Kapal-kapal layar kat tepi tasik di Ouchy

Bersih dan cantik

Jalan-jalan sekejap di bandar kecil Ouchy, sempat beli sandwich tuna di salah sebuah cafe. Bawa bekal untuk ke Zermatt. Lebih kurang pukul 12.00 balik ke hotel di Laussane, check out lalu terus menuju ke stesen train.

Perjalanan kami adalah sebuah perjalanan yang dirancang sendiri oleh Jamaryah. Saya memang tabik spring kat kawan saya tu, sebab dia berani. Alhamdulillah, perjalanan kami sangat lancar. Dari Laussane kami terus ke Zermatt.

Perjalanan ke Zermatt agak jauh. Banyak stesen train yang ditempuhi. Antaranya sebuah bandar kecil Sion. Bandar ini di kelilingi banjaran dan terdapat sebuah lapangan terbang kecil. Di sepanjang perjalanan dari tingkap keretapi  terlihat sungai-sungai kecil yang airnya mengalir jernih, ladang-ladang epal, perkampungan-perkampungan kecil dan kandang kuda. Pemandangan yang tidak ada di negara kita.

Kami turun di Visp, pertukaran keretapi ke Zermatt. Ya Allah! Sejuknya semasa menunggu kedatangan train untuk ke Zermatt. Rasa nak masuk kepala dalam baju, punyalah sejuk.

Tren dah sampai. Yang merah putih tu la tren yang akan kami naiki. Gambar minah saleh yang sempat saya snap. Cantik jugak, macam model.

Stesen pertama menuju Zermatt. Sebuah perkampungan kecil di lereng banjaran gunung.

Setelah melepasi stesen Stalden-Saas, keretapi mulai mendaki banjaran. Wah, cantiknya pemandangan. Kami tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar di sepanjang perjalanan.

Perkampungan di lembah banjaran. Atap-atap rumah masih diselimuti salji.

Kami tiba di Zermatt lebih kurang pukul satu  petang. Terus menaiki kenderaan ke hostel (rumah tumpangan yang diusahakan keluarga rakyat tempatan). Kos menginap di sini agak murah berbanding hotel-hotel yang berlambak kat sini. Zermatt sebuah bandar yang ramai pelancong, terutama pada musim dingin. Di sini tempat bermain ski yang terkenal. Di sini juga terletaknya Gunung Matterhorn.

Sementara menunggu check in pukul 3.00 petang (kebanyakan hotel di sini check in pukul 3 petang) kebanyakan tetamu dibenarkan berehat di bilik rehat yang disediakan. Bilik rehat ini ada  mini librari. Boleh pinjam buku. Boleh juga ambil novel tu bawak balik tapi dengan syarat, tinggalkan buku kita kat situ lepas tu kita boleh la ambil buku mereka. Kebanyakan buku dalam bahasa Swiss. Ada juga buku dalam bahasa Inggeris, tapi tak la banyak.

Jamaryah sempat borak-borak dengan seorang pemuda tempatan, asal Zurich. Katanya tiap-tiap tahun dia datang Zermatt untuk main ski. Sebelah kaki dah patah riuk sebab kemalangan masa main ski, berbulan-bulan duduk di hospital. Tapi bila dah baik datang main ski lagi. Tak serik-serik. Tetap nak datang main juga kat banjaran gunung Matterhorn. Hi hi hi... gitu la perangai mat salih ni tak mudah putus asa.

Katanya kalau cuaca bagus, ada matahari boleh nampak gunung Matterhorn tu dari hostel tempat kami menginap. Kat Zermatt kami jumpa macam-macam orang. Dari Korea, China, Filipina . Dari Malaysia pun ada. Nanti saya sambung lagi...

Assalamualaikum.





No comments:

Post a Comment