Kami menginap di Valley Hostel, sebuah rumah penginapan milik keluarga rakyat tempatan. Ramah betul pemilik Valley Hostel tu. Suasana hotel itu macam keadaan di rumah dengan bilik yang banyak. Setiap tingkat ada dapur lengkap, boleh masak. Tapi macam biasa kami melantak mee segera dan roti je la. Dah hampir sepuluh hari di Switzerland ni seluar jeans pun dah rasa longgar. Tu yang syok tu!
Lembah Lauterbrunnen masih bersalji, kabut tebal menyelimuti banjaran dan bukit. Langit mendung memanjang, susah nak tengok matahari.
Bergambar sebelum check out.
Pagi ni berkemas-kemas untuk ke Bern, kemudian terus ke Zurich. Masa berkemas tu, baru rasa sedikit rindu nak balik. Rasa macam alangkah seronoknya kalau berkemas-kemas ni terus balik Malaysia. Tapi esok kami akan ke Paris 31 hb mac 2013. Lebih kurang empat hari lagi masa yang bersisa di Switzerland.
Dari Lauterbrunnen terus ke Interlarken Ost semula untuk tukar tren ke Bern. Dari Interlarken ke Bern lebih kurang satu jam. Tiba di Bern Train Central, disambut hujan lebat. Marathon lari ke pasaraya berdekatan dengan stesen tren. Sejam lebih kurang, hujan berhenti. Kami ambil trem ke West Side.
Sekitar jam 11.30 kami sampai ke Zurich. Di Zurich kami bermalam semalaman di rumah Shukri (adik angkat Jamaryah). Esoknya dah bermula masuk hari pertama musim bunga. Tapi malam tu, salji turun dengan lebatnya. Shukri mengingatkan, waktu dah berubah satu jam lebih awal apabila masuk sahaja musim bunga. Kami bergegas ke stesen tren sekitar jam 7 pagi.
Sarapan di rumah Shukri sebelum berangkat ke Paris.
Kemas dan bersihnya rumah Shukri walaupun dia masih bujang.
Dalam tren TGV Lyria.
Gambar ni Shukri yang snap. Semua happy nak pergi Paris lah katakan. Tapi mahal jugak tiket naik TGV Lyria ni. Terkopak juga saya lebih kurang CHF150.00 kalau convert RM dekat-dekat 500.00 lebih kurang. Adoi... tapi tak apalah pasal nak pergi tengok salah satu wonder's of the world.
Perjalanan dari Zurich Banh Holf ke Paris lebih kurang 4 jam. Tak lalu nak tidur, asyik tengok pemandangan kat luar tingkap tren. Tiba di Paris sekitar 1.30 petang. Agak malang juga hari itu hari minggu, pejabat tutup hari itu. Jadi kami tak dapat bertanya pada bahagian informasi di stesen Gare De Lyon. Sesat hampir 3 jam, cari hotel. Suhu di Paris, 7 darjah celsius. Walaupun tak ada salji, tapi udara amat sejuk. Dah lah penat heret beg besar. Akhirnya jumpa juga hotel. Lega... dapat luruskan kaki sekejap, lepas tu bersiap-siap untuk keluar.
Walaupun sejuk hingga ke tulang, kami tetap tunggu hingga lampu-lampu kat menara tu di pasang. Memang cantik sangat. Dalam perjalanan balik ke hotel tu, tren penuh dengan penumpang. Ada penyanyi jalanan yang menyanyi sambil tadah topi. Kesian juga la tapi malas lah nak bagi sumbangan. Duit poket sendiri pun ciput, sebab kat sini bila tukar dari RM ke Euro darab empat. 10 euro sama dengan 40.00 ringgit. Adoi...
Masa jalan balik ke hotel dari stesen tren, terhidu bau hancing yang dibawa angin. Ingatkan anjing liar yang melepas hajat. Tapi rupa-rupanya warga Paris ni memang pengotor, buang kat mana-mana je yang disukai. Patutlah hancing semacam.
Esoknya saya tak sihat. Sedih juga, saya demam so tak dapat ikut Jamaryah dan Zarina pergi round Paris. Saya sendirian tengok tv kat hotel. Filem-filem Hollywood pun semua dah tukar cakap Franc. Sepatah pun tak faham.
HARI KEDUA BELAS
Hari ni kami bersiap-siap untuk ke Geneva semula. Sebelah pagi sebelum check out, kami sempat lagi ke Galleries Lafayette. Kat sini pun banyak factory outlet dengan harga agak murah. Sekitar 6-7 euro dah dapat sehelai baju kanak-kanak yang berjenama terkenal.
Di Gare De Lyon, menunggu tren ke Geneva. Entah makcik manalah yang saya snap gambarnya, yang ralit sangat membaca, duduk depan saya.
Perjalanan dari Paris ke Geneva, lebih kurang dua jam sahaja. Pukul empat petang kami dah sampai ke Geneva. Amir sudah menunggu kami di stesen tren. Terus ke rumah Abang En semula di Chambesy, Geneva.
Tinggal sehari sahaja lagi di Switzerland. Tetiba rasa macam tak nak balik la pulak. Rasa cepat betul masa berlalu.
Esoknya Jamaryah dan Zarina ditemani Amir shopping sakan di Geneva. Saya habiskan masa dengan Kak Asma, borak tentang macam-macam cerita lama masa di kampung. Ya lah, Kak Asma dah 15 tahun duduk Geneva, rindu pada Malaysia dan kampung halaman.
Malam itu malam terakhir di Geneva, berkemas-kemas untuk balik.
Sekitar jam 9 pagi, Amir dan Kak Asma hantar kami ke GVA. Sedih lah pulak. Sempat lagi buat drama airmata kejap.
Jam sepuluh pagi bertolak pulang ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment