Saturday, 8 August 2015

Blurb Killing Me With Love

Tajuk: Killing Me With Love
Penulis: Fateen Najwa
Harga:
Penerbit: 
Genre: Thriller dan Cinta.

Tagline: Dia ingin menjadi setia seperti mentari, tidak akan pernah meninggalkan bumi.


Kharlissa bosan dengan semua kejahatan yang pernah dilakukannya. Dia seorang wanita yang merbahaya, seorang pembunuh upahan yang dilatih oleh Maxy sejak menginjak usia 17 tahun. Kharlissa mahukan satu kehidupan yang senormal mungkin. Dia nekad untuk kembali ke Malaysia, meninggalkan dunia hitam penuh noda jauh di belakangnya.
Khairul Rasheed seorang anggota polis yang sentiasa melakukan tugas-tugas penuh rahsia. Apabila seorang bekas pembunuh upahan yang ingin hidup normal dan jatuh cinta bertemu dengan seorang anggota polis, apakah yang akan terjadi? Mereka tinggal berjiran, amat mudah untuk saling jatuh apabila kedua-dua punya daya penarik yang begitu besar.

“Tak ada masalah langsung. Kau adalah target yang mudah.” – Kharlissa.

Seumur hidup Kharlissa, dia tidak pernah percaya kepada lelaki. Kharlissa juga tidak punya teman wanita. Wanita yang Kharlissa kenal hanya ibunya yang sudah dua puluh tahun hilang, membiarkan dia menempuh hidup seorang diri.

“Saya cinta awak, Lissa. Bukan kerana fizikal awak  yang cantik tetapi hati awak juga indah. Saya jatuh cinta kerana keindahan hati nurani yang awak miliki.” – Khairul Rasheed.


Bolehkah mereka bersatu dalam sebuah cinta yang suci murni apabila mereka punya begitu banyak rahsia yang tidak ingin dirungkai dan dikongsi bersama?


No comments:

Post a Comment