Saturday, 8 August 2015

Catatan Perjalanan 20 Mac 2013 (Kembara Dua Minggu Ke Switzerland dan Paris)

Sekitar jam 8.45 malam memulakan perjalanan ke Abu Dhabi dengan  pesawat Ethihad 411. Perjalanan selama 7 jam terasa amat panjang dan meletihkan. Maklumkan kusyen yang sempit. Namun layanan pramugari Ethihad mesra dan bersopan mengubat kepenatan.

Tiba di Abu Dhabi jam 11.30 malam waktu tempatan. Waktu Malaysia sekitar jam 4.00. Tak hairanlah kepala terasa mamai k menuruni tangga pesawat menuju ke bas yang menunggu. Transit selama 3 jam di Airport Abu Dhabi. Suhu di Abu Dhabi mencecah 39 darjah. Sempat berjalan-jalan sekitar kawasan aiport. Menunggu flight ke Geneva jam 1.25 pagi.

Perjalanan ke Geneva lebih kurang 6 jam.
Bersyukur sangat selamat mendarat di Geneva Airport. Sebaik keluar dari pesawat, mulai terasa angin yang amat dingin. Wah... tak sangka akhirnya lepas juga aku ke Geneva, fikir saya. Macam tak percaya!

Di Geneva Airport, Kak Asma dan anaknya Amir sudah menunggu kami.

Di hadapan rumah Kak Asma. Saya, Zarina, Jamaryah dan Kak Asma.


HARI PERTAMA

Selepas sarapan, ditemani Amir yang bermurah hati jadi tour guide percuma bawa jalan-jalan sekitar Geneva. Kata Abang En (Sepupu saya) tak banyak tempat untuk dilawati di Geneva, satu hari round pun boleh habis. Hi hi hi... tapi kalau bab shopping tu lain cerita!

Tasik Geneva dan jambatan mont blanc
Air pancut di tengah-tengah tasik. 
Geneva Old Town

Kata Amir, kalau nak pergi Geneva Old Town ni kena menapak, sebab tak ada tempat parking. Jalan pun sempit je. So terpaksalah menapak, naik bukit tinggi. Tapi berbaloi. Pemandangan dan bangunannya yang cantik, unik dan rekabentuknya yang masih terpelihara. Cantik sangat...
Saya dan Zarina di hadapan salah sebuah cafe di Geneva Old Town


Dihadapan Universiti Of Geneva

Malam pertama tu kami bermalam di rumah Kak Asma. Esok akan terus ke Laussane. Amir menghantar kami ke Laussane, Laussane adalah sebuah bandar yang moden dan didiami oleh ramai golongan muda. Laussane adalah sebuah bandar yang amat menarik untuk dilawati.

HARI KEDUA

Laussane 
Selepas solat Jumaat dan makan tengahari di rumah Kak Asma, Amir menghantar kami ke Laussane dengan kereta. Kami singgah di beberapa tempat menarik. Antaranya taman bunga dan castle. Sebab musim bunga baru bermula, jadi di taman ini bunga-bunga baru sahaja tumbuh semula selepas ditutupi salji.

Udara sangat nyaman dan sejuk,
Di puncak bukit Villers Biougy (perkampungan anggur), dilereng-lerengnya adalah ladang anggur.

Seronok pergi ke perkampungan ini yang terletak jauh di atas bukit. Jalan-jalannya sempit dan berliku-liku. Di setiap rumah ada kilang untuk buat arak. Hmmm... comel-comel rumahnya. Kalaulah datang pada musim panas tentulah dapat petik buah-buah anggur segar. Sayangnya, di penghujung musim sejuk ni hanya nampak ranting-ranting dan pokok anggur sajalah.


HARI KE TIGA
Montreux.

Pagi-pagi lagi kami sudah bangun untuk ke Montreux. Sejuknya udara Tuhan sahaja yang tahu! Pakai baju tiga lapis pun masih terasa sejuknya. Atas nasihat Abang En, kami dah beli siap-siap tiket Swiss Pass. Dengan tiket Swis Pass ni boleh naik mana-mana train, bas, bot di seluruh Switzerland selama 10 hari. Harga Swiss Pass ni sekitar RM1,500.00.

Gunung Mont Blanc di Montreux. Indahnya seperti lukisan.

Suasana di Montreux masih sepi di awal pagi. Kebanyakan kedai masih tutup. Kami berjalan kaki sepanjang jalan tepian tasik menghala ke Castle De Chillon.

Bersambung...





No comments:

Post a Comment