Monday, 10 August 2015

Catatan Perjalanan di Zermatt.

Selepas check in, terus keluar untuk jalan-jalan sekitar bandar Zermatt. Pemandangan memang memukau. Tempat tu dikelilingi banjaran diselimuti salji. Kawasannya berlurah dengan sungai dan dataran. Kedai-kedai kecil barang-barang sovinier, cafe, restoran, hotel berlambak-lambak. Teruja juga la pertama kali dapat pegang salji. Macam jakun je...



Kenderaan kat belakang tu yang digunakan untuk jemput dan hantar pelancong ke stesen tren dan hotel.

Di Zermatt ni memang sejuk sangat sebab di puncak di kelilingi banjaran dan gunung bersalji. Kat sini kalau musim bunga atau musim panas memang tak ada pelancong datang. Musim salji je ramai orang. Kat hotel malam tu, jumpa dengan pekerja hostel dari Filipina. Seorang diri je kerja kat hostel tu, dah sepuluh tahun lebih kurang.

Masa  makan mee segera kat bilik rehat hostel,, jumpa pulak dengan pemuda dari Korea. Dia belajar kat London, datang situ seorang diri. Dahlah bahasa Inggeris tak berapa nak fasih. Tapi memang kagum la sebab berani jalan-jalan seorang diri.

Hari pertama berada di Zermatt kami jalan-jalan di seluruh bandar tu. Agak-agak badan dah sejuk sangat, masuk lah kedai untuk panaskan badan. Setiap kedai ada heater. Kelakar pulak. Kalau kat tempat kita, masuk kedai sebab nak sejukkan badan udara di luar terlalu panas. Kat Zermatt ni terbalik pulak. Round dalam kedai tengok-tengok keluar, balik dan jalan-jalan semula.



Salah sebuah kedai di Zermatt

Jalan di hadapan hostel.

Antara Restoran yang terdapat di Zermatt. Tak ada makan halal. Balik hostel makan mee segera.

Kami berjalan sampai hampir jam 7 malam baru balik ke hostel. Malam pertama di Zermatt tu saya tak ada masalah boleh je tidur dengan selesa. Tapi kesian kat Jamaryah yang terpaksa tidur duduk sebab selsema teruk. Yang lucunya kat Zermatt ni, bila berdiri kat tepi tingkap tengok salji gugur, mula la terfikir; wah best ni, boleh main-main salji. Bila bukak je pintu ke berenda terus diserbu angin dingin yang teramat-amat. Snap gamba kejap terus masuk balik dalam bilik yang hangat.

HARI KE LIMA
Pagi-pagi lagi dah keluar untuk pergi ke kawasan bermain ski. Ada restoran dan kedai cenderamata kat situ. Balik ke hotel untuk rehat dan solat. Petang explore lagi tempat-tempat yang belum pergi. Saya beli mug dan apron sahaja.

Petang itu ramai tetamu baru yang masuk ke hostel. Kebanyakannya bangsa Cina. Riuh mereka berbual dalam bilik rehat. Kami bertiga masuk untuk makan mee segera. Sambil tu kami borak-borak sesama kami tak hirau pun kumpulan remaja Cina tu. Masa tu, Zarina nak naik dulu ke bilik. Salah seorang dari remaja Cina tu dengar kami cakap-cakap dalam bahasa Melayu.
- Kamu dari Malaysia? dia tegur.
- Kamu juga dari Malaysia? tanya Jamaryah.
Wah, seronok pulak jumpa sama-sama orang Malaysia walaupun bangsa lain. Borak-borak sekejap dengan amoi tu. Katanya datang dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar kat London.

HARI KE ENAM.
Kami bertiga turun mandi awal pagi. Suasana senyap sepi. Orang lain semua masih tido. Lagipun siapalah yang nak mandi pagi-pagi buta, melainkan orang Melayu! Sejuk pun dah terbiasa mandi. Lagipun ada air panas. Pagi ni bersiap-siap untuk meninggalkan Zermatt. Sebelum check out, snap gambar dan jalan-jalan dulu.

Di hadapan hostel, sebelum check out.

Dari Zermatt kami meneruskan perjalanan ke Interlarken. Interlarken ni ada dua, satu Interlarken Ost dan satu lagi Interlarken West.



No comments:

Post a Comment