Friday, 28 August 2015

Catatan Perjalanan - Cameron Highland

Satu perjalanan yang tidak dirancang. Rancang beria-ria tiba-tiba tak menjadi! Sejak awal merancang untuk ke Bagan Dato. Tetapi kemudian mengubah haluan ke Shah Alam. Begitulah ketentuanNya.

Keesokan hari ke Cameron Highland. Sudah lama saya tak ke sini. Seingat saya tahun 1996. Wah, dah terlalu banyak perubahan rupanya...

Taman Lavender

Bunga-bunga daisy sedang berkembang
Memetik strawberi segar
Di hadapan pejabat MARDI.

 Di taman Smoke House

Saya rasa tak ada apa yang menarik sangat di Cemeron Highland. Cuma banyak perubahan-perubahan dari segi pembangunan. Suatu masa dahulu, kawasan yang hanya  perkampungan kecil dan kebun-kebun sayur sudah jadi satu kawasan pelancongan. Kawasan yang sesak dengan pelancong dalam dan luar negara.

Sesuatu yang masih menarik, adalah pasar malam di Brinchang. Jauh lebih meriah jika dibandingkan dengan masa saya pergi sekitar tahun 1996 dahulu. Sayur-sayuran dan buah-buahan segar banyak dijual dengan harga agak murah.

Balik dari Cameron Highland, selain dari serpihan kenangan yang sejuk-sejuk ala Swiss, saya batuk-batuk teruk sebab makan buah strawberi. Setelah seminggu baru beransur sembuh. Alhamdulillah.


Wednesday, 12 August 2015

Novel-novel saya.

Cinta antara manusia biasa dan vampira. 
Mampukah realti dan fantasi bersatu?

Hanyutkah insan kerana cinta atau cinta memandu 
manusia ke arah kebenaran.

Dunia glamer yang dikejar, tidak akan selama-lamanya 
menjanjikan kebahagiaan

Permusahan dan  dendam tidak mendatangkan kebaikan, 
hanya cinta yang akan memberi kegembiraan

Monday, 10 August 2015

Catatan Perjalanan di Lauterbrunnen dan Paris.

Kami menginap di Valley Hostel, sebuah rumah penginapan milik keluarga rakyat tempatan. Ramah betul pemilik Valley Hostel tu. Suasana hotel itu macam keadaan di rumah dengan bilik yang banyak. Setiap tingkat ada dapur lengkap, boleh masak. Tapi macam biasa kami melantak mee segera dan roti je la. Dah hampir sepuluh hari di Switzerland ni seluar jeans pun dah rasa longgar. Tu yang syok tu!

Lembah Lauterbrunnen masih bersalji, kabut tebal menyelimuti banjaran dan bukit. Langit mendung memanjang, susah nak tengok matahari.


Bergambar sebelum check out.


Pagi ni berkemas-kemas untuk ke Bern, kemudian terus ke Zurich. Masa berkemas tu, baru rasa sedikit rindu  nak balik. Rasa macam alangkah seronoknya kalau berkemas-kemas ni terus balik Malaysia. Tapi esok kami akan ke Paris 31 hb mac 2013. Lebih kurang empat hari lagi masa yang bersisa di Switzerland.

Dari Lauterbrunnen terus ke Interlarken Ost semula untuk tukar tren ke Bern. Dari Interlarken ke Bern lebih kurang satu jam. Tiba di Bern Train Central, disambut hujan lebat. Marathon lari ke pasaraya berdekatan dengan stesen tren. Sejam lebih kurang, hujan berhenti. Kami ambil trem ke West Side.

Sekitar jam  11.30 kami sampai ke Zurich. Di Zurich kami bermalam semalaman di rumah Shukri (adik angkat Jamaryah). Esoknya dah bermula masuk hari pertama musim bunga. Tapi malam tu, salji turun dengan lebatnya. Shukri mengingatkan, waktu dah berubah satu jam lebih awal apabila masuk sahaja musim bunga. Kami bergegas ke stesen tren sekitar jam 7 pagi.

Sarapan di rumah Shukri sebelum berangkat ke Paris.

Kemas dan bersihnya rumah Shukri walaupun dia masih bujang.

Dalam tren TGV Lyria.

Gambar ni Shukri yang snap. Semua happy nak pergi Paris lah katakan. Tapi  mahal jugak tiket naik TGV Lyria ni. Terkopak juga saya lebih kurang CHF150.00 kalau convert RM dekat-dekat 500.00 lebih kurang. Adoi... tapi tak apalah pasal nak pergi tengok salah satu wonder's of the world.

Perjalanan dari Zurich Banh Holf ke Paris lebih kurang 4 jam. Tak lalu nak tidur, asyik tengok pemandangan kat luar tingkap tren. Tiba di Paris sekitar 1.30 petang. Agak malang juga hari itu hari minggu, pejabat tutup hari itu. Jadi kami tak dapat bertanya pada bahagian informasi di stesen Gare De Lyon. Sesat hampir 3 jam, cari hotel. Suhu di Paris, 7 darjah celsius. Walaupun tak ada salji, tapi  udara amat sejuk. Dah lah penat heret beg besar. Akhirnya jumpa juga hotel. Lega... dapat luruskan kaki sekejap, lepas tu bersiap-siap untuk keluar.





Walaupun sejuk hingga ke tulang, kami tetap tunggu hingga lampu-lampu kat menara tu di pasang. Memang cantik sangat. Dalam perjalanan balik ke hotel tu, tren penuh dengan penumpang. Ada penyanyi jalanan yang menyanyi sambil tadah topi. Kesian juga la tapi malas lah nak bagi sumbangan. Duit poket sendiri pun ciput, sebab kat sini bila tukar dari RM ke Euro darab empat. 10 euro sama dengan 40.00 ringgit. Adoi...

Masa jalan balik ke hotel dari stesen tren, terhidu bau hancing yang dibawa angin. Ingatkan anjing liar yang melepas hajat. Tapi rupa-rupanya warga Paris ni memang pengotor, buang kat mana-mana je yang disukai. Patutlah hancing semacam.

Esoknya saya tak sihat. Sedih juga, saya demam so tak dapat ikut Jamaryah dan Zarina pergi round Paris. Saya sendirian tengok tv kat hotel. Filem-filem Hollywood pun semua dah tukar cakap Franc. Sepatah pun tak faham.

HARI KEDUA BELAS

Hari ni kami bersiap-siap untuk ke Geneva semula. Sebelah pagi sebelum check out, kami sempat lagi ke Galleries Lafayette. Kat sini pun banyak factory outlet dengan harga agak murah. Sekitar 6-7 euro dah dapat sehelai baju kanak-kanak yang berjenama terkenal.




Di Gare De Lyon, menunggu tren ke Geneva. Entah makcik manalah yang saya snap gambarnya, yang ralit sangat membaca, duduk depan saya.

Perjalanan dari Paris ke Geneva, lebih kurang dua jam sahaja. Pukul empat petang kami dah sampai ke Geneva. Amir sudah menunggu kami di stesen tren. Terus ke rumah Abang En semula di Chambesy, Geneva.
Tinggal sehari sahaja lagi di Switzerland. Tetiba rasa macam tak nak balik la pulak. Rasa cepat betul masa berlalu.

Esoknya Jamaryah dan Zarina ditemani Amir shopping sakan di Geneva. Saya habiskan masa dengan Kak Asma, borak tentang macam-macam cerita lama masa di kampung. Ya lah, Kak Asma dah 15 tahun duduk Geneva, rindu pada Malaysia dan kampung halaman.
Malam itu malam terakhir di Geneva, berkemas-kemas untuk balik.
Sekitar jam 9 pagi, Amir dan Kak Asma hantar kami ke GVA. Sedih lah pulak. Sempat lagi buat drama airmata kejap.
Jam sepuluh pagi bertolak pulang ke Malaysia.
Interlarken Ost dan Interlarken West.

HARI KE ENAM

Interlarken Ost dan West ni di kelilingi banjaran dan tasik. Tiba di satu stesen (saya tak ingat, terlupa catat) naiklah dua orang wanita Melayu dan seorang budak lelaki. Mereka duduk satu gerabak dengan kami. Tapi kami semua senyumlah sebab gembira tengok orang Melayu tapi dua orang wanita ni langsung tak balas. Buat tak tahu dan buat tak nampak je kat kami.

Kami saling pandang memandang sahaja. No komen. Tapi masa dalam tren tu terdengarlah budak lelaki, umur sekitar empat atau lima tahun merengek-rengek.
- Mama nak tengok salji! Nak tengok salji!
Kami pun saling tersenyum antara satu sama lain. Jamaryah yang jarang duk mengata orang pun boleh cakap - Maknya sombong, orang senyum buat tak tahu. Tapi anak dia jakun jugak.
Hmmm, tu la sombong bertempat namanya tu ha ha ha.

Destinasi kami adalah Interlarken Ost. Sebaik turun dari tren, salji mulai turun dengan lebatnya. Kami berlari-lari heret bag menghala ke Youth Hostel. Walaupun berkonsep hostel (cadar, selimut dan sarung bantal kena pasang sendiri) tapi biliknya luas dan selesa. Ruang lobi juga luas, cukup segalanya termasuk restoran, macam hotel 4 bintang tempat kita.

Lantaran salji turun lebat, so kami pun duduk tepi tingkap bilik je la tengok salji.


Petang keluar sekejap pergi Migros beli roti untuk dimakan dengan serunding.

HARI KETUJUH

Bangun seawal jam lima pagi untuk bersiap-siap pergi ke Lugano. Perjalanan ke Lugano jauh hampir 6 jam. Bertolak dengan tren dari Interlarken menuju Lugano, lebih kurang pukul 5.55 pagi. Tren hampir-hampir kosong. Hanya kami bertiga je. Banyak stesen-stesen kecil yang disinggahi tren untuk ambil penumpang. Kebanyakan mereka menuju ke tempat kerja di awal pagi.

Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan tasik yang luas, Tasik Obrienz. Kami turun di Meirigen dan naik train ke Luzern.
Menariknya perjalanan ke Luzern. Hari sudah semakin cerah sekitar jam tujuh pagi. Terlihat perkampungan di sepanjang jalan. Kadang-kadang tren melalui jalan di bawah bukit dan terlihat rumah-rumah besar di atas puncak bukit. Ada sesetengah tempat yang masih ditutupi salji tebal. Pokok-pokok pain Swiss mendominasi sepanjang rel tren. Hamparan salji yang memutih saujana mata memandang. Betapa menakjubkan ciptaan Tuhan.

Dari Luzern tukar lagi keretapi ke Lugano. Perjalanan lebih kurang dua jam. Kami turun  sekejap sekitar lima belas minit di Bellizona, untuk tukar tren ke Lugano. Bellizona sebuah pekan kecil yang agak sunyi. Stesen trennya pun kecil hanya ada satu dua kedai je.

Tiba di Lugano, berjalan kaki menghala ke Fox Town.

Dalam perjalanan ke Lugano. Jamaryah leka tengok pemandangan di luar.

 Yeay! Sampai juga ke Fox Town yang terkenal dengan factory outlet.

Kat sini semua barang-barang ada. Maklumlah factory outlet la katakan. Kedai-kedai semua besar dan menjual semua barangan berjenama terkenal. Cuci mata je lah, sebab barang-barang sini walaupun murah, tapi bila convert duit kita lebih kurang je la harga. Macam harga seluar levi's, kalau kat Malaysia harga RM450.00 kat sini dapatlah sekitar RM350.00 selepas convert duit kita.

Saya hanya beli minyak wangi sahaja. Nak beli coklat pun tak berani, diragui status halalnya.
Ada satu cerita yang saya nak kongsikan di sini. Masa makan tengahari di sebuah cafe di Fox Town ni, kami pilih buah-buahan dan salad je. Ada bawa bekal sandwich. Sebab dah berjalan jauh dan pukul 3 baru makan, saya pun dengan rakusnya mengambil salad buah-buahan. Masa kat kaunter ternampaklah pelbagai jenis dressing dalam botol yang saya kenal pasti lada hitam, garam, gula dll. Saya pun main tuang je semua. Masa nak makan tu, tetiba saya teringat, ehhh... tadi aku macam tertuang, Red Wine Vinegar. Halal ke tak tu? Rasa macam tak halal je. So saya pun tak berani nak makan.
- Kenapa kau tak makan buah tu? tanya Jamaryah.
Saya pun macam malu la nak cakap 'aku tertuang red wine vinegar'. Siap cover pulak tu... aku kenyanglah dah makan roti. Padahal takut nak makan.
- Takpe kau letak je dalam tupperware sandwich ni, balik hotel nanti boleh makan. kata Jamaryah.
Tapi sampai sudahlah saya tak makan.
Balik ke hotel malam tu, Jamaryah ada tanya -Kau tak nak ke buah ni?
- Buang je la, kata saya.
Padahal rasa sayang juga buah-buahan segar, pastu mahal pulak tu. Takde rezeki. Sampai sudahlah Zarina dan Jamaryah tak tahu kes saya tertuang red wine vinegar tu hi hi hi.

HARI KE LAPAN
Satu hari dihabiskan untuk jelajah Interlarken Ost. Sesi snap gamba la apa lagi. Pemandangan pun cantik. Cuaca amat baik pagi tu, tak ada salji atau hujan turun. Tapi tengahari hujan turun lebat juga. Di sini ada kedai makan halal. Resoran Lebanon. Ada disajikan nasi dan roti. Sebaik masuk terkejut juga tengok di situ turut disajikan arak. Kata pemilik kedai, arak tu untuk penduduk tempatan. Tapi makanan yang disajikan dijamin halal. Maknanya ayam dan daging disembelih ikut cara Islam.





Bersedia untuk naik bot mengelilingi Tasik Thon


Dalam bot

HARI KE SEMBILAN
Seharian dihabiskan di Interlarken West pula. Di sini banyak kedai cenderamata. Saya beli sehelai t.shirt untuk Danial sebagai kenangan. Sekitar jam tiga petang kami check out dan meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen.

Lauterburnnen sebuah kawasan perkampungan kecil yang terletak di lembah. Kami menaiki keretapi  bercat biru jalur kuning. Keretapi standard keretapi biasa kat tempat kita. Yalah, nak pergi ke kawasan perkampungan je kan. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan hutan-hutan pain. Ada nampak jeram dan orang memancing ikan. Nampak juga orang menunggang kuda di celah-celah pokok.

Semasa tren melintasi rumah-rumah penduduk di situ, terlihatlah kandang-kandang kuda, lembu dan khinzir. Hmmm... nampak khinzir-khinzir yang berkeliaran atas tanah yang lecah bersalji. Geli geleman juga la tengok. Tiba di Lauterbrunnen, kami terus berjalan kaki sahaja ke rumah tumpangan.
Teman saya Jamaryah, berlatarkan banjaran dan hotel di Lauterbrunnen.

Udara masih tetap sejuk di sini cuma tidak sesejuk di Zermatt. Di Lauterbrunnen juga terdapat puncak tertinggi iaitu Gunung Jungfrau. Ramai pendaki yang terkorban di sini setiap tahun. Ngeri juga dengar.

Bersambung.
Catatan Perjalanan di Zermatt.

Selepas check in, terus keluar untuk jalan-jalan sekitar bandar Zermatt. Pemandangan memang memukau. Tempat tu dikelilingi banjaran diselimuti salji. Kawasannya berlurah dengan sungai dan dataran. Kedai-kedai kecil barang-barang sovinier, cafe, restoran, hotel berlambak-lambak. Teruja juga la pertama kali dapat pegang salji. Macam jakun je...



Kenderaan kat belakang tu yang digunakan untuk jemput dan hantar pelancong ke stesen tren dan hotel.

Di Zermatt ni memang sejuk sangat sebab di puncak di kelilingi banjaran dan gunung bersalji. Kat sini kalau musim bunga atau musim panas memang tak ada pelancong datang. Musim salji je ramai orang. Kat hotel malam tu, jumpa dengan pekerja hostel dari Filipina. Seorang diri je kerja kat hostel tu, dah sepuluh tahun lebih kurang.

Masa  makan mee segera kat bilik rehat hostel,, jumpa pulak dengan pemuda dari Korea. Dia belajar kat London, datang situ seorang diri. Dahlah bahasa Inggeris tak berapa nak fasih. Tapi memang kagum la sebab berani jalan-jalan seorang diri.

Hari pertama berada di Zermatt kami jalan-jalan di seluruh bandar tu. Agak-agak badan dah sejuk sangat, masuk lah kedai untuk panaskan badan. Setiap kedai ada heater. Kelakar pulak. Kalau kat tempat kita, masuk kedai sebab nak sejukkan badan udara di luar terlalu panas. Kat Zermatt ni terbalik pulak. Round dalam kedai tengok-tengok keluar, balik dan jalan-jalan semula.



Salah sebuah kedai di Zermatt

Jalan di hadapan hostel.

Antara Restoran yang terdapat di Zermatt. Tak ada makan halal. Balik hostel makan mee segera.

Kami berjalan sampai hampir jam 7 malam baru balik ke hostel. Malam pertama di Zermatt tu saya tak ada masalah boleh je tidur dengan selesa. Tapi kesian kat Jamaryah yang terpaksa tidur duduk sebab selsema teruk. Yang lucunya kat Zermatt ni, bila berdiri kat tepi tingkap tengok salji gugur, mula la terfikir; wah best ni, boleh main-main salji. Bila bukak je pintu ke berenda terus diserbu angin dingin yang teramat-amat. Snap gamba kejap terus masuk balik dalam bilik yang hangat.

HARI KE LIMA
Pagi-pagi lagi dah keluar untuk pergi ke kawasan bermain ski. Ada restoran dan kedai cenderamata kat situ. Balik ke hotel untuk rehat dan solat. Petang explore lagi tempat-tempat yang belum pergi. Saya beli mug dan apron sahaja.

Petang itu ramai tetamu baru yang masuk ke hostel. Kebanyakannya bangsa Cina. Riuh mereka berbual dalam bilik rehat. Kami bertiga masuk untuk makan mee segera. Sambil tu kami borak-borak sesama kami tak hirau pun kumpulan remaja Cina tu. Masa tu, Zarina nak naik dulu ke bilik. Salah seorang dari remaja Cina tu dengar kami cakap-cakap dalam bahasa Melayu.
- Kamu dari Malaysia? dia tegur.
- Kamu juga dari Malaysia? tanya Jamaryah.
Wah, seronok pulak jumpa sama-sama orang Malaysia walaupun bangsa lain. Borak-borak sekejap dengan amoi tu. Katanya datang dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar kat London.

HARI KE ENAM.
Kami bertiga turun mandi awal pagi. Suasana senyap sepi. Orang lain semua masih tido. Lagipun siapalah yang nak mandi pagi-pagi buta, melainkan orang Melayu! Sejuk pun dah terbiasa mandi. Lagipun ada air panas. Pagi ni bersiap-siap untuk meninggalkan Zermatt. Sebelum check out, snap gambar dan jalan-jalan dulu.

Di hadapan hostel, sebelum check out.

Dari Zermatt kami meneruskan perjalanan ke Interlarken. Interlarken ni ada dua, satu Interlarken Ost dan satu lagi Interlarken West.



Sunday, 9 August 2015

Catatan Perjalanan Ke Montruex dan Zermatt, Switzerland.


Castle atau Chateau De Chillon.

Setelah berjalan lebih kurang 40 minit, ternampak dari jauh chateau atau istana yang bakal kami lawati. Teringat macam ala-ala filem Inggeris klasik gitu. Masa tu macam-macam la idea timbul dalam kepala saya.

Sepanjang jalan menuju ke istana itu saya perhatikan banyak juga lah penduduk tempatan yang bawak anjing jalan-jalan pagi-pagi buta. Kebanyakan diaorang tu bawak beg plastik. Dekat tong sampah pun di tepi-tepi jalan tu pun ada beg plastik. Heran juga. Beg plastik benda pulak tu? Rupanya  bila anjing diaorang 'melepas' dia orang akan isi dalam beg plastik tu dan buang dalam tong sampah. Jadi tak adalah anjing tu melepas di merata-rata tempat sesuka hati. Betapa diaorang menjaga kebersihan kawasan sekeliling sebab kawasan itu ramai pelancong.

Saya dan Jamaryah di hadapan Chateau De Chillon. Nampak macam istana hantu jee...




Seronok juga menjelajahi seluruh istana ini. Setiap bilik dan ruang kami masuk. Ramai pelancong daripada pelbagai negara. Istana ini ada sejarahnya yang tersendiri. Pernah dijadikan penjara dan ada banduan yang cekal melarikan diri dengan berenang di dalam tasik yang sangat luas.

Kami turut memanjat tangga naik ke menara istana. Tangga untuk naik ke menara tu kecil dan curam sangat. Terfikir juga  macamanalah para dayang-dayang itu memanjat tangga untuk naik ke atas. Kat atas menara pernah dijadikan sebagai tempat untuk meninjau kalau-kalau ada banduan yang lepas lari. Di situ diletakkan pita rakaman untuk dengar sejarah Chateau De Chillon ni. Hebat juga lah masa zaman-zaman pemerintahan raja-raja diaorang. Tak ubah macam citer dalam filem King Arthur la gitu.

Lepas melawat Chateau De Chillon ni, naik bas terus ke bandar Montruex semula. Sempat la shopping lebih kurang. Tak ada benda menarik sangat nak beli, sebab mahal bila ditukar duit Malaysia. Nak beli mafela pun  yang offer paling sengkek 10.00 swissfranc lebih kurang 35.00 ringgit. Lebih baik tak payahlah.

Balik hotel rehat-rehat dah letih. Jamaryah dan Zarina pergi ke Ouchy (sebuah perkampungan nelayan) tetapi kawasan tu dah tutup. Musim sejuk yang belum berakhir, kebanyakan tempat cepat je tutup meniaga.

HARI KE EMPAT

Pagi-pagi dah siap untuk ke Ouchy sekali lagi. Stesen Metro dekat je dengan hotel. Jalan kaki sepuluh minit dah tiba Stesen Train Metro.
Kapal-kapal layar kat tepi tasik di Ouchy

Bersih dan cantik

Jalan-jalan sekejap di bandar kecil Ouchy, sempat beli sandwich tuna di salah sebuah cafe. Bawa bekal untuk ke Zermatt. Lebih kurang pukul 12.00 balik ke hotel di Laussane, check out lalu terus menuju ke stesen train.

Perjalanan kami adalah sebuah perjalanan yang dirancang sendiri oleh Jamaryah. Saya memang tabik spring kat kawan saya tu, sebab dia berani. Alhamdulillah, perjalanan kami sangat lancar. Dari Laussane kami terus ke Zermatt.

Perjalanan ke Zermatt agak jauh. Banyak stesen train yang ditempuhi. Antaranya sebuah bandar kecil Sion. Bandar ini di kelilingi banjaran dan terdapat sebuah lapangan terbang kecil. Di sepanjang perjalanan dari tingkap keretapi  terlihat sungai-sungai kecil yang airnya mengalir jernih, ladang-ladang epal, perkampungan-perkampungan kecil dan kandang kuda. Pemandangan yang tidak ada di negara kita.

Kami turun di Visp, pertukaran keretapi ke Zermatt. Ya Allah! Sejuknya semasa menunggu kedatangan train untuk ke Zermatt. Rasa nak masuk kepala dalam baju, punyalah sejuk.

Tren dah sampai. Yang merah putih tu la tren yang akan kami naiki. Gambar minah saleh yang sempat saya snap. Cantik jugak, macam model.

Stesen pertama menuju Zermatt. Sebuah perkampungan kecil di lereng banjaran gunung.

Setelah melepasi stesen Stalden-Saas, keretapi mulai mendaki banjaran. Wah, cantiknya pemandangan. Kami tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar di sepanjang perjalanan.

Perkampungan di lembah banjaran. Atap-atap rumah masih diselimuti salji.

Kami tiba di Zermatt lebih kurang pukul satu  petang. Terus menaiki kenderaan ke hostel (rumah tumpangan yang diusahakan keluarga rakyat tempatan). Kos menginap di sini agak murah berbanding hotel-hotel yang berlambak kat sini. Zermatt sebuah bandar yang ramai pelancong, terutama pada musim dingin. Di sini tempat bermain ski yang terkenal. Di sini juga terletaknya Gunung Matterhorn.

Sementara menunggu check in pukul 3.00 petang (kebanyakan hotel di sini check in pukul 3 petang) kebanyakan tetamu dibenarkan berehat di bilik rehat yang disediakan. Bilik rehat ini ada  mini librari. Boleh pinjam buku. Boleh juga ambil novel tu bawak balik tapi dengan syarat, tinggalkan buku kita kat situ lepas tu kita boleh la ambil buku mereka. Kebanyakan buku dalam bahasa Swiss. Ada juga buku dalam bahasa Inggeris, tapi tak la banyak.

Jamaryah sempat borak-borak dengan seorang pemuda tempatan, asal Zurich. Katanya tiap-tiap tahun dia datang Zermatt untuk main ski. Sebelah kaki dah patah riuk sebab kemalangan masa main ski, berbulan-bulan duduk di hospital. Tapi bila dah baik datang main ski lagi. Tak serik-serik. Tetap nak datang main juga kat banjaran gunung Matterhorn. Hi hi hi... gitu la perangai mat salih ni tak mudah putus asa.

Katanya kalau cuaca bagus, ada matahari boleh nampak gunung Matterhorn tu dari hostel tempat kami menginap. Kat Zermatt kami jumpa macam-macam orang. Dari Korea, China, Filipina . Dari Malaysia pun ada. Nanti saya sambung lagi...

Assalamualaikum.





Saturday, 8 August 2015

Catatan Perjalanan 20 Mac 2013 (Kembara Dua Minggu Ke Switzerland dan Paris)

Sekitar jam 8.45 malam memulakan perjalanan ke Abu Dhabi dengan  pesawat Ethihad 411. Perjalanan selama 7 jam terasa amat panjang dan meletihkan. Maklumkan kusyen yang sempit. Namun layanan pramugari Ethihad mesra dan bersopan mengubat kepenatan.

Tiba di Abu Dhabi jam 11.30 malam waktu tempatan. Waktu Malaysia sekitar jam 4.00. Tak hairanlah kepala terasa mamai k menuruni tangga pesawat menuju ke bas yang menunggu. Transit selama 3 jam di Airport Abu Dhabi. Suhu di Abu Dhabi mencecah 39 darjah. Sempat berjalan-jalan sekitar kawasan aiport. Menunggu flight ke Geneva jam 1.25 pagi.

Perjalanan ke Geneva lebih kurang 6 jam.
Bersyukur sangat selamat mendarat di Geneva Airport. Sebaik keluar dari pesawat, mulai terasa angin yang amat dingin. Wah... tak sangka akhirnya lepas juga aku ke Geneva, fikir saya. Macam tak percaya!

Di Geneva Airport, Kak Asma dan anaknya Amir sudah menunggu kami.

Di hadapan rumah Kak Asma. Saya, Zarina, Jamaryah dan Kak Asma.


HARI PERTAMA

Selepas sarapan, ditemani Amir yang bermurah hati jadi tour guide percuma bawa jalan-jalan sekitar Geneva. Kata Abang En (Sepupu saya) tak banyak tempat untuk dilawati di Geneva, satu hari round pun boleh habis. Hi hi hi... tapi kalau bab shopping tu lain cerita!

Tasik Geneva dan jambatan mont blanc
Air pancut di tengah-tengah tasik. 
Geneva Old Town

Kata Amir, kalau nak pergi Geneva Old Town ni kena menapak, sebab tak ada tempat parking. Jalan pun sempit je. So terpaksalah menapak, naik bukit tinggi. Tapi berbaloi. Pemandangan dan bangunannya yang cantik, unik dan rekabentuknya yang masih terpelihara. Cantik sangat...
Saya dan Zarina di hadapan salah sebuah cafe di Geneva Old Town


Dihadapan Universiti Of Geneva

Malam pertama tu kami bermalam di rumah Kak Asma. Esok akan terus ke Laussane. Amir menghantar kami ke Laussane, Laussane adalah sebuah bandar yang moden dan didiami oleh ramai golongan muda. Laussane adalah sebuah bandar yang amat menarik untuk dilawati.

HARI KEDUA

Laussane 
Selepas solat Jumaat dan makan tengahari di rumah Kak Asma, Amir menghantar kami ke Laussane dengan kereta. Kami singgah di beberapa tempat menarik. Antaranya taman bunga dan castle. Sebab musim bunga baru bermula, jadi di taman ini bunga-bunga baru sahaja tumbuh semula selepas ditutupi salji.

Udara sangat nyaman dan sejuk,
Di puncak bukit Villers Biougy (perkampungan anggur), dilereng-lerengnya adalah ladang anggur.

Seronok pergi ke perkampungan ini yang terletak jauh di atas bukit. Jalan-jalannya sempit dan berliku-liku. Di setiap rumah ada kilang untuk buat arak. Hmmm... comel-comel rumahnya. Kalaulah datang pada musim panas tentulah dapat petik buah-buah anggur segar. Sayangnya, di penghujung musim sejuk ni hanya nampak ranting-ranting dan pokok anggur sajalah.


HARI KE TIGA
Montreux.

Pagi-pagi lagi kami sudah bangun untuk ke Montreux. Sejuknya udara Tuhan sahaja yang tahu! Pakai baju tiga lapis pun masih terasa sejuknya. Atas nasihat Abang En, kami dah beli siap-siap tiket Swiss Pass. Dengan tiket Swis Pass ni boleh naik mana-mana train, bas, bot di seluruh Switzerland selama 10 hari. Harga Swiss Pass ni sekitar RM1,500.00.

Gunung Mont Blanc di Montreux. Indahnya seperti lukisan.

Suasana di Montreux masih sepi di awal pagi. Kebanyakan kedai masih tutup. Kami berjalan kaki sepanjang jalan tepian tasik menghala ke Castle De Chillon.

Bersambung...