Interlarken Ost dan Interlarken West.
HARI KE ENAM
Interlarken Ost dan West ni di kelilingi banjaran dan tasik. Tiba di satu stesen (saya tak ingat, terlupa catat) naiklah dua orang wanita Melayu dan seorang budak lelaki. Mereka duduk satu gerabak dengan kami. Tapi kami semua senyumlah sebab gembira tengok orang Melayu tapi dua orang wanita ni langsung tak balas. Buat tak tahu dan buat tak nampak je kat kami.
Kami saling pandang memandang sahaja. No komen. Tapi masa dalam tren tu terdengarlah budak lelaki, umur sekitar empat atau lima tahun merengek-rengek.
- Mama nak tengok salji! Nak tengok salji!
Kami pun saling tersenyum antara satu sama lain. Jamaryah yang jarang duk mengata orang pun boleh cakap - Maknya sombong, orang senyum buat tak tahu. Tapi anak dia jakun jugak.
Hmmm, tu la sombong bertempat namanya tu ha ha ha.
Destinasi kami adalah Interlarken Ost. Sebaik turun dari tren, salji mulai turun dengan lebatnya. Kami berlari-lari heret bag menghala ke Youth Hostel. Walaupun berkonsep hostel (cadar, selimut dan sarung bantal kena pasang sendiri) tapi biliknya luas dan selesa. Ruang lobi juga luas, cukup segalanya termasuk restoran, macam hotel 4 bintang tempat kita.
Lantaran salji turun lebat, so kami pun duduk tepi tingkap bilik je la tengok salji.
Petang keluar sekejap pergi Migros beli roti untuk dimakan dengan serunding.
HARI KETUJUH
Bangun seawal jam lima pagi untuk bersiap-siap pergi ke Lugano. Perjalanan ke Lugano jauh hampir 6 jam. Bertolak dengan tren dari Interlarken menuju Lugano, lebih kurang pukul 5.55 pagi. Tren hampir-hampir kosong. Hanya kami bertiga je. Banyak stesen-stesen kecil yang disinggahi tren untuk ambil penumpang. Kebanyakan mereka menuju ke tempat kerja di awal pagi.
Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan tasik yang luas, Tasik Obrienz. Kami turun di Meirigen dan naik train ke Luzern.
Menariknya perjalanan ke Luzern. Hari sudah semakin cerah sekitar jam tujuh pagi. Terlihat perkampungan di sepanjang jalan. Kadang-kadang tren melalui jalan di bawah bukit dan terlihat rumah-rumah besar di atas puncak bukit. Ada sesetengah tempat yang masih ditutupi salji tebal. Pokok-pokok pain Swiss mendominasi sepanjang rel tren. Hamparan salji yang memutih saujana mata memandang. Betapa menakjubkan ciptaan Tuhan.
Dari Luzern tukar lagi keretapi ke Lugano. Perjalanan lebih kurang dua jam. Kami turun sekejap sekitar lima belas minit di Bellizona, untuk tukar tren ke Lugano. Bellizona sebuah pekan kecil yang agak sunyi. Stesen trennya pun kecil hanya ada satu dua kedai je.
Tiba di Lugano, berjalan kaki menghala ke Fox Town.
Dalam perjalanan ke Lugano. Jamaryah leka tengok pemandangan di luar.
Yeay! Sampai juga ke Fox Town yang terkenal dengan factory outlet.
Kat sini semua barang-barang ada. Maklumlah factory outlet la katakan. Kedai-kedai semua besar dan menjual semua barangan berjenama terkenal. Cuci mata je lah, sebab barang-barang sini walaupun murah, tapi bila convert duit kita lebih kurang je la harga. Macam harga seluar levi's, kalau kat Malaysia harga RM450.00 kat sini dapatlah sekitar RM350.00 selepas convert duit kita.
Saya hanya beli minyak wangi sahaja. Nak beli coklat pun tak berani, diragui status halalnya.
Ada satu cerita yang saya nak kongsikan di sini. Masa makan tengahari di sebuah cafe di Fox Town ni, kami pilih buah-buahan dan salad je. Ada bawa bekal sandwich. Sebab dah berjalan jauh dan pukul 3 baru makan, saya pun dengan rakusnya mengambil salad buah-buahan. Masa kat kaunter ternampaklah pelbagai jenis dressing dalam botol yang saya kenal pasti lada hitam, garam, gula dll. Saya pun main tuang je semua. Masa nak makan tu, tetiba saya teringat, ehhh... tadi aku macam tertuang, Red Wine Vinegar. Halal ke tak tu? Rasa macam tak halal je. So saya pun tak berani nak makan.
- Kenapa kau tak makan buah tu? tanya Jamaryah.
Saya pun macam malu la nak cakap 'aku tertuang red wine vinegar'. Siap cover pulak tu... aku kenyanglah dah makan roti. Padahal takut nak makan.
- Takpe kau letak je dalam tupperware sandwich ni, balik hotel nanti boleh makan. kata Jamaryah.
Tapi sampai sudahlah saya tak makan.
Balik ke hotel malam tu, Jamaryah ada tanya -Kau tak nak ke buah ni?
- Buang je la, kata saya.
Padahal rasa sayang juga buah-buahan segar, pastu mahal pulak tu. Takde rezeki. Sampai sudahlah Zarina dan Jamaryah tak tahu kes saya tertuang red wine vinegar tu hi hi hi.
HARI KE LAPAN
Satu hari dihabiskan untuk jelajah Interlarken Ost. Sesi snap gamba la apa lagi. Pemandangan pun cantik. Cuaca amat baik pagi tu, tak ada salji atau hujan turun. Tapi tengahari hujan turun lebat juga. Di sini ada kedai makan halal. Resoran Lebanon. Ada disajikan nasi dan roti. Sebaik masuk terkejut juga tengok di situ turut disajikan arak. Kata pemilik kedai, arak tu untuk penduduk tempatan. Tapi makanan yang disajikan dijamin halal. Maknanya ayam dan daging disembelih ikut cara Islam.
Bersedia untuk naik bot mengelilingi Tasik Thon
Dalam bot
HARI KE SEMBILAN
Seharian dihabiskan di Interlarken West pula. Di sini banyak kedai cenderamata. Saya beli sehelai t.shirt untuk Danial sebagai kenangan. Sekitar jam tiga petang kami check out dan meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen.
Lauterburnnen sebuah kawasan perkampungan kecil yang terletak di lembah. Kami menaiki keretapi bercat biru jalur kuning. Keretapi standard keretapi biasa kat tempat kita. Yalah, nak pergi ke kawasan perkampungan je kan. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan hutan-hutan pain. Ada nampak jeram dan orang memancing ikan. Nampak juga orang menunggang kuda di celah-celah pokok.
Semasa tren melintasi rumah-rumah penduduk di situ, terlihatlah kandang-kandang kuda, lembu dan khinzir. Hmmm... nampak khinzir-khinzir yang berkeliaran atas tanah yang lecah bersalji. Geli geleman juga la tengok. Tiba di Lauterbrunnen, kami terus berjalan kaki sahaja ke rumah tumpangan.
Teman saya Jamaryah, berlatarkan banjaran dan hotel di Lauterbrunnen.
Udara masih tetap sejuk di sini cuma tidak sesejuk di Zermatt. Di Lauterbrunnen juga terdapat puncak tertinggi iaitu Gunung Jungfrau. Ramai pendaki yang terkorban di sini setiap tahun. Ngeri juga dengar.
Bersambung.