Wednesday, 2 September 2015


Laporan Panel Penilai
HADIAH SASTERA PAHANG DARUL MAKMUR (HSDM) 2015

Fatinilam Sari lewat 'Bukan Serapuh Daun Maple' menggunakan latar Amerika Syarikat bagi mengenengahkan dunia Tasneem, Christian, Siti Hajar dan Andrian. Cerita ini berkisar tentang perjalanan seorang gadis muda, Tasneem, menuju alam dewasa. Perhubungan Tasneem dengan Muhammad Aslam (Christian, nama sebelum Islam) berakhir ke jinjang perkahwinan. Kedua-dua mereka berjaya mengecapi nilai sebenar rasa cinta, setelah melalui detik-detik cemas serta dugaaan-dugaan yang lumrah dilalui oleh pasangan insan yang dilamun cinta.

Perlukisan latar Amerika yang dilakukan oleh Fatinilam Sari sangat rinci dan rapi, hiinggakan pembaca merasakan mereka berada di bumi Amerika, atau merasakan hangat musim summer dan dingin musim winter. Ketika melukiskan latar kampung halaman di tanah tumpah darahnya, Fatinilam Sari juga mengungkapkannya dengan bahasa  yang lirih, menjadikan peristiwa demi peristiwa bergerak dengan licin. Gaya yang digunakan juga langsung menjadikan pembaca mudah mengikuti penceritaannya.

Novel ini, 'Bukan Serapuh Daun Maple' diperakukan untuk memenangi tempat utama dalam kategori ini. Fatinilam Sari mempunya masa depan yang cerah dalam dunia penulisan novel.

Demikianlah Laporan Panel Penilai Hadiah Sastera Darul Makmur (HSDM) 2015 yang disediakan oleh

YH. Dato' Haji Zainuddin bin Haji Jumaat
Pengerusi Jawatankuasa Panel Penilai

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali

Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Hanafiah @ Mana Sikana

Malim Ghozali PK
Sasterawan Negeri Perak dan Penerima SEA Write Award 2013

Mohd Hashim Ismail
Setiausaha Jawatankuasa.

SEKITAR MAJLIS HADIAH SASTERA DARUL MAKMUR 2015
Di Hotel Swiss Garden, Kuantan.

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH SASTERA DARUL MAKMUR 2015
Hotel MS Garden, Kuantan.









Semoga majlis yang seumpamanya ini akan diadakan lagi di masa akan datang. Penghargaan dan pengiktirafan kepada para karyawan sudah tentu akan menjadi pembakar semangat untuk menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu.



3 comments:

  1. tahniah puan..teringin nak baca..nanti nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Maaf baru perasan pada komen ni

      Delete
    2. Terima kasih. Maaf baru perasan pada komen ni

      Delete