PUISI ATAU APA?
Kalau ini boleh dikatakan puisi, maka saya telah menulis beberapa puisi yang bertolak daripada perasaan kecil saya terhadap sesuatu ataupun seseorang ataupun apa jua yang mahu ditafsirkan. Saya kira puisi pada asalnya bersifat peribadi hasil dari cernaan perasaan penulisnya sendiri kemudian bila ia cuba ditafsir oleh orang lain, ia menjadi sesuatu yang tidak lagi bersifat peribadi.
Malah ada juga puisi yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang lain. Saya rasa ianya mewakili perasaan kita yang lahir dari sebuah kejujuran dan sikap terus terang. Saya suka puisi yang jelas akan maksudnya. Ada sesetengah puisi yang terlalu dalam maksud dan kiasannya hingga saya hampir-hampir tidak faham. Lalu puisi-puisi begini tidak lagi menarik minat saya.
PESONA SENJA
Aku bagaikan terlupa
Leka dengan permainan warna senja
Laut telah surut
Sekelip mata bisa larut
Citra warna senja yang indah
Masa terlalu singkat
Untuk kita terus bercanda
Melupakan hakikat
Sekelip mata bisa larut
Citra warna senja yang indah
Masa terlalu singkat
Untuk kita terus bercanda
Melupakan hakikat
Walaupun aku terpikat
pada sebuah hasrat
pada sebuah hasrat
Tidak mungkin senja
Sementara pudar warna
Hilang menjelang malam.
Sementara pudar warna
Hilang menjelang malam.
PESONA SENJA 2
Senja tidak tahu dirinya senja
Lantaran di langit tetap indah bercahaya
Jingga warnanya
Lantaran di langit tetap indah bercahaya
Jingga warnanya
Dan kita menikmati langit senja
Panca warna
Lalu ketika malam membuka pintu
Kita telah terlewat
Melepasi batas waktu.
Panca warna
Lalu ketika malam membuka pintu
Kita telah terlewat
Melepasi batas waktu.
BAYANG
Kau mengekoriku sepanjang siang
Apabila malam datang
Kau masih mengikutku ke peraduan
Hingga aku tenggelam
Dalam pekat malam
Kau memelukku dalam diam
Derai hujan kian lebat dan dingin
Hingga pagi menguak tangis
Tanpa mentari
Apabila malam datang
Kau masih mengikutku ke peraduan
Hingga aku tenggelam
Dalam pekat malam
Kau memelukku dalam diam
Derai hujan kian lebat dan dingin
Hingga pagi menguak tangis
Tanpa mentari
Bayang masih mengekoriku
Meskipun langit menangis.
Meskipun langit menangis.
Haruskah aku gentar menghadapi
Kematian yang kian menghampiri
ALAM
Alam ini bukti
Yang Kau ada
Di sana
Walaupun jauh masih jua
Aku teguh dan percaya
Pada cintaMu
Rindu dalam sendu
Mengharap dalam senyap
Doa paling kudus
Sesudah solat.
TATAPAN
Ketika mataku menatapmu
Tajam dan dalam
Nafas bagaikan terhenti
Lalu lidah kelu tanpa lafaz
keramat yang terlewat kuucap
Ombak dadaku kian lelah
Menggulung dalam seksa
Menggunung
Aku telah kehilangan daya
Umpama sehelai pelepah burung
merpati yang melayah meningkah
Pintu langit terdedah.
AWAN
Awan tetaplah di situ
Lindungi aku dari hangatnya
Mentari yang membakar
Bukan dengan api
Tapi dinginnya bagai salji
Sahabat
Jangan berubah
Teruslah berdiri di situ


No comments:
Post a Comment